Thursday, December 8, 2011

Maksud Disebalik Hadiah?




Pasti ramai diantara kita pernah lalui saat indah iaitu bila menerima sebuah hadiah daripada insan tertentu. Oleh itu, setiap hadiah yang diberi kepada kawan/kekasih/isteri/suami  mempunyai maksud yang tersirat…
             
          okey jom kita tengok!!!


JAM TANGAN… … … Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN… … … … .Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG… … … … .Tanda mesra
RANTAI LEHER … … .Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG… … … … .Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT… … … … ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN… … .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG… … … … .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI… … .Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR… ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU… … … … … Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA… … … … … Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT … … .. semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN … … … mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN… … … tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

p/s: thanks to my 'YAYANG' for the present that u gif to me!

Monday, December 5, 2011

Pecinta atau Penjerat?


Jika ditanya soal hati mengenai cinta, pasti semua katakan bahawa cinta itu indah, bahagia apatah lagi. Tapi tidak semua orang akan merasakan cinta itu bahagia. Masing-masing hidup didunia ini membawa perwatakan masing-masing.

Dalam soal mengenal erti cinta, manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu pencinta dan penjerat cinta. Bagi kepada manusia yang pencinta cinta sudah tentu dia akan menghargai sebuah cinta itu dengan lebih mendalam. Tetapi yang kita sedia tahu bukan mudah untuk menjadi seorang pencinta cinta. Mungkin kita mudah menjadi seorang yang setia, jujur tetapi untuk menjadi pencinta cinta hanya kepada seseorang bukan mudah. Jika kita seorang pencinta cinta sudah tentu dalam seumur hidup kita kekasih pertama itu adalah kekasih selama kita. Hati manusia mudah berubah, jika seorang lelaki atau perempuan yang lebih lawa dan cantik dimata kita mesti hati kita akan terdetik akan kehebatan yang terpancar dimata kita. Jadi bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pecinta.

Bagi penjerat cinta, sudah tentu ramai yang menjadi mangsa. Kadang-kadang jika hati kita murni dalam mencari sebuah cinta tetapi kerana jika tersilap langkah kita menjadi mangsa penjerat. Niat penjerat terdapat dalam macam jenis. Sampai kita kabur dengan mata kita akan kejelasan niat jahat mereka.

Tetapi manusia juga ada kuasa dalam mengubah sebuah cinta itu sendiri. Soal hati kita sendiri tidak dapat menduga. Kadang-kadang kerana cinta manusia mampu mengubah segala kemungkinan. Dari niat seorang penjerat kadang-kadang dapat mengubah kepada seorang pencinta. Itulah keajaiban manusia. Segalanya bermula dengan niat, jika niat kita suci, Allah akan lebih mengetahui. Maka segala yang kotor mampu menjadi suci. Niatlah permulaan dalam mencari erti hidup sebenar. Pasangan yang hidup bahagia walau mana seribu tahun pun pasti akan merasa kepahitan dalam kehidupan. Kerana Allah itu adil, supaya kita dapat merasa suka duka kehidupan dengan lebih mendalam.

Itulah indahnya ciptaan Allah. Cinta bahagia akan terukir jika pasangan masing-masing sanggup meredah segala pergolakan hidup, menerima kekhilafan setiap pasangan dengan hati yang terbuka. Tetapi tidak semua pasangan mampu meredah ombak yang kencang untuk mempertahankan hubungan. Memang tidak dinafikan setiap kebahagian yang ingin diukir, digenggam untuk meniti dalam kehidupan bukan senang. Allah sentiasa menguji umatnya dalam apa jua cubaan, ini kerana Allah ingin melihat kemampuan umatnya untuk meniti setiap langkah dugaan yang diberikan untuk dihadapi dalam hidup. Setiap dugaan yang mengundang dalam hidup kita biasanya akan ada penyelesaiannya. Kerana Allah tidak akan menguji sesuatu diluar kemampuan umatnya. Setiap yang terjadi bersebab dan ada keindahan disebaliknya. Mungkin cepat atau lambat untuk kita tahu segala kesulitannya. Segala yang buruk datangnya dari kita manusia lemah dan baik itu datang dari yang Maha Esa. Setiap duka yang tepalit dalam diri terima dengan hati terbuka.

Ingatlah bahawa jika kehidupan cinta bermula dengan kekusutan, pasti akhirnya keindahan menjelma. Malah belum tentu cinta yang bermula dengan kebahagian, kekusutan tidak menunggu detik ketibaanya. Inilah yang dikatakan “life is not a bed of roses”. Ini sedangkan lagi lidah sendiri mampu tergigit. Berlajarlah untuk cinta kerana cinta banyak anugerah. Jangan bekukan hati walau cinta itu misteri..