Sunday, February 26, 2012

REALITI BUKAN FANTASI .



Melalui apa yang dilihat dalam gambar diatas, sebenarnya memang itulah realiti kehidupan dalam bercinta. Perkara-perkara macam ini terjadi bila perpisahan berlaku antara boboy dan gugirl.

Betul apa yang diperkatakan oleh rakan saya, dimana kami banyak bersoal jawab tentang perasaan. Dan ini bukan sahaja melalui soal jawab tetapi pengalaman saya sendiri sebagai seorang perempuan.

Tipu jika dikatakan kita manusia jauh dari ingin dicintai dan mencintai kan ?

Bagi lelaki pada mulanya memang tiada apa-apa bagi mereka jika hubungan putus ditengah jalan, sebab bagi mereka kawan-kawan dan hiburan sentiasa ada untuk mereka. Sebab itulah susah untuk mereka berasa sedih. Tapi persoalannya sampai bila ?  SAMPAILAH MEREKA RASA INGIN DICINTAI! Haaa.. time tulah panas bontot nak mencari cinta yang lama. Bila dah ludah jangan lah jilat balik ye abang boboy. Tak baik tak baik.

Okey, bagi gugirl ? mula-mula memang payah. Terasa sangat down, frust menonggeng, tergolek-golek, terguling-guling dan segala ter-ter lah bagai kan. Bak kata orang makan tak kenyang, tidur  tak lena, mandi basah, cuma jiwa jee melayang tuh. Mane ada mandi ta basah ! te’tipu . Tapi soryy  to say lah kepada kaum boboy benda tu hanyalah sementara. Dan akhirnya kami berasa bebas bebas dan bebas!.

Macam inilah dikatakan hidup umpama roda. Setiap benda semuanya kita akan merasa. Tak kire kaum, jantina mahupun bangsa.

Okey adios !

Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru 2012.

10,9,8,7,6,5,4,3,2,1
12:00 a:m
Euuuuhhhh bom bom bom kebaboom bom bom!


.
.
Bunyilah seruan percikan bunga api yang menggapai langit serba kegelapan, sambil mendengar sorakan rakyat jelata menyorak kegembiraan apabila tahun baru 2012 menjelang tiba.


Dasyat dasyat berjuta-juta orang turun padang menyaksikan. Tapi aku rileks jee duduk rumah countdown dalam hati jee. Tok seh lerr kuarkan nadi-nadi peluh untuk join sama. HAHA.
.
.
.
Jadi, dengan adanya tahun baru 2012 ni moga-moga menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada yang terbaik lah buat kita semua. Pengalaman sepanjang 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulangi.

Orang cakap ‘sejarah mungkin berulang’ sama seperti masa dan waktu. Tapi adakah ianya sama seperti kali pertama terjadi? Ohh tidak kan? Kenangan manis, tetap menjadi kenangan kita sampai bila-bila.

Bagi kenangan pahit, kegagalan yang berlaku sepanjang tahun 2011, kita gunakan sebagai azimat untuk lebih memotivasikan diri, bagi melalui liku-liku hari yang mendatang. Kita mana tahu kan nasib kita dikemudian hari. Apa pun, bangunlah dan berdiri semula dengan kaki kita sendiri.


………………………………………………………………………………

‘Always remember, everything that you do, you create by your own hands’