Sunday, February 26, 2012

REALITI BUKAN FANTASI .



Melalui apa yang dilihat dalam gambar diatas, sebenarnya memang itulah realiti kehidupan dalam bercinta. Perkara-perkara macam ini terjadi bila perpisahan berlaku antara boboy dan gugirl.

Betul apa yang diperkatakan oleh rakan saya, dimana kami banyak bersoal jawab tentang perasaan. Dan ini bukan sahaja melalui soal jawab tetapi pengalaman saya sendiri sebagai seorang perempuan.

Tipu jika dikatakan kita manusia jauh dari ingin dicintai dan mencintai kan ?

Bagi lelaki pada mulanya memang tiada apa-apa bagi mereka jika hubungan putus ditengah jalan, sebab bagi mereka kawan-kawan dan hiburan sentiasa ada untuk mereka. Sebab itulah susah untuk mereka berasa sedih. Tapi persoalannya sampai bila ?  SAMPAILAH MEREKA RASA INGIN DICINTAI! Haaa.. time tulah panas bontot nak mencari cinta yang lama. Bila dah ludah jangan lah jilat balik ye abang boboy. Tak baik tak baik.

Okey, bagi gugirl ? mula-mula memang payah. Terasa sangat down, frust menonggeng, tergolek-golek, terguling-guling dan segala ter-ter lah bagai kan. Bak kata orang makan tak kenyang, tidur  tak lena, mandi basah, cuma jiwa jee melayang tuh. Mane ada mandi ta basah ! te’tipu . Tapi soryy  to say lah kepada kaum boboy benda tu hanyalah sementara. Dan akhirnya kami berasa bebas bebas dan bebas!.

Macam inilah dikatakan hidup umpama roda. Setiap benda semuanya kita akan merasa. Tak kire kaum, jantina mahupun bangsa.

Okey adios !